BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Julai 19, 2013

yoh! lama tak datang bertengek dekat blog ni!

ok guys... Assalamualaikum...

  Lama juga ya misz tak layan blog ni.. dah dekat sebulan jugalah... hehe... semua taukan sekarang bulan berapa?? Sekarang bulan 7!! ini bermakna Bulan ini bulan yang palig mulia iaitu bulan Ramadhan.. suka tak bulan ramadhan ni korang?? hehe.. tiba2 misz jadi aktif pula...


   Ok sebenarnya misz bukan tak nak buka blog ni tetapi misz tengah busy dengan blog satu lagi... hehehe... nak tau tak blog apa?? Rahsia... hehe.. gurau saja... kalau nak tau... sila buka link di bawah entry ye.. 


   Blog ni mengenai artis yang misz gemari.. hehe.. jangan marah.. misz bukan sengaja buat blog mengenai diaorng... kalau siapa rajin mehlah usha2 blog tu... blog tu happy berbanding dengan blog ni.. tapi nak buat mcam mana... blog ni misz guna untuk luahkan perasaan-tan misz ni... hehe.. tapi misz pakai ayat skema gitu.. yelah ikut bahasa melayu dengan cemerlang.. kehkeh.. :3 cuba tekan link tu boleh tak??

    Tapi blog ni tak ada tempat untuk follow... siapa tau mcm mana nak masukkan balik followers box balik?? misz dah cuba untuk masukkan tapi tak berjaya.. Malah misz dah ikut beberapa langkah dari blog2 lain untuk masukkan followers box... hurmmm someone help me? siapa yang berjaya tolong misz untuk pasang followers blog sampai berjaya... misz akan kreditkan nama dia dalam blog tu.. tolonglah... (T__T)

    Oklah.. sampai sini sahajalah.. bye2 all... eh! kejap.. macam misz lupa tagline misz sahaja.. hehe... SHHHHH!!! hanya kita-kita ajar tau.. kalau diaorang nak tau apa yang misz updatekan.. kenalah melawat ceritaku! 

tekan ini : Melawat

Jun 01, 2013

lubuk hati

assalamualaikum dan selamat malam semua...


      misz sunyi sangat... walaupun misz dikurniakan kehidupan yang serdahana dan boleh dikatakan bahagia... tapi misz rasa sunyi sangat.. macam tak cukup sesuatu.. perasaan sunyi yang tak ada siapa faham.. penat sangat.. adakala misz rasa mati sahaja... tapi tak akan misz nak bunuh diri pula... karang tak fasal-fasal percuma masuk neraka ...

      tapi perasaan misz ni lebih kepada mahu bercinta.. sebenarnya misz dah couple banyak kali tapi misz tak rasa pun perasaan cinta seperti mana orang lain uar-uar kan tu dalam perhubungan tanpa ikatan sah.. sebenarnyakan misz ni senang sangat jatuh suka pada seseorang tapi bila misz cerita pada Wani (kawan sejak kecil).. tapi dia selalu cakap "engkau ni senang sangat jatuh 'cinta' pada orang".. Chop! misz selalu tekankan yang misz ni senang jatuh 'suka' bukan jatuh 'cinta'... kenapalah payah sangat nak faham...

      yelah ramai orang ingat kalau dah jatuh suka tu bermakna kita cintakan orang tu... sorry to say bagi hidup misz ni 'suka' dan 'cinta' adalah perkara yang amat berbeza dan tak mungkin sama... misz ni banyak crush.. tapi orang selalu kecoh nak couple dengan crush... tapi bagi misz crush hanya tempat misz cuci mata saja... haha... :p ....tak lebih pun dan lagi satu misz tak berminat nak bercinta dengan crush..

      sebenarnyakan korang misz ni dapat rasakan misz punya jodoh ada pada seorang dalam sebuah kumpulan dari negara matahari terbit.. jangan gelak eh.. tapi betul setiap kali misz pandang gambar diaorang.. hati misz kuat mengatakan yang misz ada jodoh dengan salah satu dari mereka.. misz malu nak cakap dekat kawan-kawan misz... yelah diaorang mungkin tak faham dengan deria ke 6 misz ni... diaorang mesti cakap "kau ni berangan je lebih.. kau pernah ke bercakap dengan diaorang? tak pernahkan?? so berhenti berangan"... 

      sini misz nak tekankan.. misz bukan berangan nak dapatkan diaorang tapi dapat rasa perasaan yang kuat yang mengatakan misz memang ada jodoh dengan salah seorang daripada mereka... kauorang rasa macam mana? misz ni hanya berangan je ke? atau sebaliknya?

      tapi tak salah kut kalau angan-angan je... sebab diaorang oleh tahan comelnya... hehe... cair beb...

      oklah sampai sini sahajalah misz coret.. kita jumpa lain hari... ISSSSHHHH! jangan cerita dekat orang lain ya... kalau diaorang nak tahu kenalah melawat blog misz... hanya di ceritaku!

April 06, 2013

tips kurangkan tension

Assalamualaikum untuk muslim..

TIPS KURANGKAN TENSION (misz punya theory)

  1. Bila baca buku mestilah membaca dengan "bismillah" (bagi yg muslim sahaja).
  2. Jangan baca waktu maghrib dan lepas pukul 12. 
  3. Bila kita tertekan cuba kita hayati keindahan alam dengan melihat langit, bulan, bintang, awan, taman permainan, bunga, daun, haiwan dan sebagainya dan memuji tuhan.
  4. kalau tertekan juga anda kena berhenti membaca dengan membuat aktiviti lain.. tak kisahlah aktiviti yang macam mana pun.. (tapi bukan yang bermaksiat ye)
  5. jangan desak diri dengan buku-buku sahaja... dalam dunia ni banyak benda yang boleh kita belajar bukan hanya dari buku sahaja (tapi buku tetap kena baca)
  6. menangis.. ubat paling mujarab untuk melepaskan tekanan. (kalau nak tahu kenapa cari kat google)

Mac 21, 2013

assalamualaikum

kehidupan tak semestinya sebuah kebahagiaan,
tapi kebahagiaan semestinya sebuah kehidupan.


suka dan sayang tak bermakna itu cinta,
tapi cinta itu semestinya ada suka dan sayang.


sebuah janji bukan bermakna menipu,
tapi janji itu sebuah amanah.


cinta tak semestinya indah,
tapi keindahan semestinya cinta.

Februari 25, 2013

cita-cita dan rezeki

Assalamualaikum kepada seluruh umat Islam serata dunia.. dan selamat malam kepada bukan umat Islam..


    Ok! macam korang baca pada title pada entry kali ini.. apa kena mengena cita-cita dan rezeki. kalau korang ni jenis sukar berfikir pasti korang akan dapat tangkap apa misz mahu ucapkan... tapi misz bukan nak cerita perkara umum yang membabitkan berjuta-juta orang tapi perkara ini hanya terbabit dengan misz sahaja. ini apa yang fikirkan..
    setiap orang pasti ada cita-cita.. ada mahu jadi juruterbang, model, penyanyi, pelakon, pengarah, doktor, jurutera dan banyak lagi.. tapi misz punya cita-cita nak jadi pengkaji angkasa. Cita-cita misz ni... misz tamankan dalam hati dan ingatan misz sejak berumur darjah 6... biasalah dulu memang banyak cita-cita misz tapi kejap nak jadi doktor, kejap nak jadi cikgu math, kejap nak jadi saintis dan banyak lagilah..
    misz teringin nak jadi pengkaji angkasa selepas misz pandang langit..masa misz berumur 6 tahun misz terfikir adakah dalam dunia ini hanya ada matahari, bumi, bulan dan bintang?? apa yang ada diluar bumi?? adakah luar bumi hanya kosong?? kalau kosong kenapa  kita boleh nampak bintang?? dari mana bintang itu datang?? kenapa bintang berwarna? apa bentuk bintang?? sejak itu misz terfikir Allah S.W.T sorokkan sesuatu diangkasa.. soalan demi soalan bersarang dalam kepala misz.. perkara itu amat mustahil untuk misz yang ketika itu masih budak kecil untuk menjawab soalan-soalan tu..
     tanpa misz sedar Allah S.W.T menjawab soalan misz dari tahun ke tahun.. maka terhurailah sedikit demi sedikit  soalan misz.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah S.W.T..
     selepas sedikit demi sedikit soalan misz terjawab semakin banyak persoalan yang otak misz keluarkan. tak reti penat agaknya misz punya fikiran ni.. tapi bagi misz perkara ini langsung tidak memenatkan.. malah lebih menyeronokkan..
     sampai sekarang dalam hati misz masih kuat api semangat.. misz akan pastikan impian misz akan tercapai...
     sebenarnya mama dengan abah misz penah membantah dengan menyuruh misz menjadi doktor pakar jantung.. kerana doktor punya gaji lebih mahal dan berlipat-lipat dari gaji pengkaji angkasa... sebelum ni misz terfikir kalau misz tak dapat masuk kelas sains misz punya impian berkecai.. sehingga misz melihat abang misz masuk bidang yang langsung tak ada kena mengena dengan aliran yang abang misz ambik semasa sekolah menengah tinggi dahulu..
     sebenarnya misz kecewa kerana result misz tidak memuaskan dan menyebabkan misz masuk kelas akaun.. terasa berkecai hati bila mama dan abah misz menyanyakan cita-cita misz berulang-ulang kali.. bila misz cakap misz nak jadi pengkaji angkasa... tapi lebih mengecewakan bila mama misz sendiri kata.. result misz dah tak layak untuk jadi pengkaji angkasa dan suruh misz masuk aliran bisness study ataupun spa managament bila masuk universiti.. mama kata kalau berniaga cepat sikit kaya..  
    "tapi maaf mama.. walaupun apa mama cakap kakak tetap dengan keputusan kakak.. penentuan rezeki bukan ditangan mama tapi di tangan Allah S.W.T.. Dia yang menentukan rezeki kita mama.. kakak akan buktikan yang kakak akan berjaya dan mengharumkan nama negara, agama dan bangsa dipersada dunia.. mama perlu tunggu.. dan kakak akan buktikan yang kakak akan berjaya dengan impian kakak.."*luahan hati*
     di Malaysia ni ramai orang kata.. kalau result tidak memuaskan akan memutuskan impian dan cita-cita... jangan putus asa.. rezeki sekolah rendah tidak sama dengan rezeki sekolah menengah, rezeki sekolah menengah tidak sama rezeki di universiti, rezeki di universiti tak sama dengan rezeki alam perkerjaan tapi semua rezeki tadi sama dengan rezeki kehidupan.. maka bersyukur dengan apa yang kita ada.. bersyukur tidak bermakna kita berputus asa.. kita perlu terus berusaha seoleh-oleh hari kiamat esok hari..
      apa misz cakap ini apa yang misz fikirkan.. sampai sini sahajalah coretan misz.. misz nak tidur.. selamat malam semua.. jumpa lagi.. ehhhh!! STOP!! misz lupa tagline misz... ssshhh!! kalau diaorang nak tahu apa misz coretkan kenalah melawat ceritaku! assalamualaikum semua...





     

Februari 06, 2013

bosan

assalamualaikum untuk seluruh umat Islam dan selamat sejahtera untuk bukan muslim...

      misz sebenarnya sudah bosan nak pergi sekolah.. tak ada benda pun dekat seolah... asyik belajar-belajar je.. permainan pun tak aktif.. kalau program pun semua membabitkan pembelajaran je.. masalahnya misz ni ketegori "separuh belajar separuh main.." kena balance kalau tak hidup tak bermakna langsung.. seolah misz ni harap je dapat title "sekolah elit"... herrrrmmmmm... hampeh! lagi best sekolah pondok... ek eleh.. baik buang je title tu kalau sukan langsung tak aktif, janji tak diterpati dan tandas sekolah ni kotor... mana taknya masa PJK atau pendidikan jasmani dan kesihatan.. asyik main bola jaring.. kalau bukan bola jaring mesti bola baling atau bola beracun.. GRRRRR.... sumpah fed up.. misz dah naik bosan dengan permainan tu semua... dari form 1 sampailah form 4 asyik main benda sama.. baik tak payah main langsung.. bila merunggut asyik cakap complaint... ye memang misz nak complaint pon.. ingat seronok semua tu?? dan suka cita misz cakap misz tak suka main benda tu semua..

      macam hari keusahawanan... ada ke patut kalau nak untung mesti lebih RM 1000... baru boleh kasi balik untung... woiiii!! gila ke apa?? jual kambing pun belum tentu dapat RM 1000... habis-habis pun RM 500.. agak-agaklah nak buat syarat pun.. kami keluar modal, bahan kami kongsi, sama-sama pikir macam mana nak dapatkan pelangan.. cikgu tolong pun hanya guru kelas... kami penat satu hari tu tak dapat apa-apa pun.. lain lah rumah hantu, memang dapat RM 3000 tahun lepas (2012).. kami jual buah , air , nasi , bihun , rojak , sate , mee , maggi dan lain-lain.. so, agak-agaklah nak ambik duit kitaorang pun...

      tandas ni yang misz marah gila.. bukan nak marah dekat cikgu tapi kat pelajar... woi!!! korang igat taik orang tu boleh jalan ke??? buang merata-rata... apa dekat rumah mak korang tak ajar ke??? asal mak bapak korang ajar ke buang najis merata-rata???? ke mak bapak korag ajar tapi masuk telinga kanan keluar ikut kentut??? dasar tak belajar sivik!! kalau tu sekolah misz memang misz buat peraturan.. tiap-tiap hari kelas berlainan cuci tandas... sehari tiga kali... pertama sebelum perhimpunan , kali kedua selepas rehat semua pelajar , akhir sekali waktu balik.. kalau sesi petang sehari dua kali... kali pertama basuh sebelum beratur... maksudnya basuh sekali dengan budak sesi pagi , yang terakhir masa lepas rehat kedua...kalau tak buat aktiviti harian.. guru kelas tulis nama dan diaorang yang tak bertugas tu kena lari padang 8kali dan buat karangan bahasa melayu melebihi 600 patah perkataan... kalau satu kelas tak bertugas... seluruh kelas tu kena lari 8kali dan tulis karang bahasa melayu/inggeris mesti melebihi 650 patah perkataan.. dan perlu hantar dalam masa seminggu diatas meja misz.. guru kelas perlu semak dulu.. kalau mereka ingkar arahan misz akan suruh diaorang jalan itik kelilingi sebanyak 2kali ditapak perhimpunan dan menyebut "Tengok saya..Saya permalas.. dan saya mengaku saya bersalah.. maafkan kami.." kena cakap kuat-kuat.. dan karangan ditambah satu karangan.. kalau kelas tu lebih dari 4 kali ponteng bertugas cuci tandas tanpa sebab akan ditulis kedalam buku laporan ibu bapa untuk masalah displin.. kalau lebih dari 8kali akan disebat 2 kali dan ditulis dalam buku laporan ibu bapa sebagai masalah displin.. lebih dari 10kali buat.. pelajar itu akan dapat kad merah.. mereka kena bayar sebanyak dua puluh ringgit setiap seorang untuk sekali kad merah... kalau macam ni, baru diaorang serik nak buang najis diaorang merata-rata.. padan muka .. pengotor sangat.. nasib baiklah sekolah ni bukan sekolah bapak misz kalau tak memang misz kuat kuasakan peraturan tadi..


oklah dah mengatuk dah.. misz nak tidur... ssshhhh!! kalau diaorang nak tahu apa misz ceritakan.. mereka kenalah melawat blog misz.. hanya di ceritaku!




Februari 02, 2013

kenangan indah hanya tinggal sebuah kenangan

assalamualaikum kepada muslim dan selamat sejahtera kepada yang bukan muslim...

          misz ingat lagi masa misz kecik-kecik dulu... gelaran misz masa kecik-kecik dulu pikah.. nama glamor la katakan... masa tu misz, wani dengan angah memang kawteamlah... kami bertiga memang selalu bermain bersama-sama... paling best bila main mak-mak.. memang the best lah... segala jenis bunga dengan daun kami bedal... kadang-kadang tu kalau musim buah memang kami ambik buah-buahan tu dijadikan desert..depan rumah misz ada pokok buah manga.. depan rumah angah pula ada buah jambu air... mak bapak angah memang kenal kami.. yelah pak cik Alias... ni bekas cikgu dekat sekolah misz dulu.. korang tau tak port kami main mak-mak sebenarnya rumah mak su misz sekarang ni.. masa dulu rumah tu rumah cina.. tapi cina tak duduk dekat rumah tu.. so, macam rumah tinggallah.. siap ada tokong warna merah gah berdiri tegak tepi pagar besar... korang tau tak kitaorang guna lalang-lalang yang tubuh dalam longkang dalam kawasan rumah tu diguna pakai menjadi penyapu... sumpah bila difikirkan balik macam mana misz dengan wani boleh terfikir jadikan lalang-lalang tu semua jadi penyapu.. memang geliga betul otak misz dan wani masa tu.. bolehkan hari-hari kami main benda sama.. tapi tak pernah bosan...
         lebih menyeronokkan.. macam-macam hidangan olok-olok masa main mak-mak dulu.. nasi dari pasir, siap ada ulam-ulam dari pelbagai jenis daun, ayam dari bunga-bunga yang jenis memang misz tak tahu spesis... yang misz tahu pokok tu ada daun besar dan bunga-bunga dia kecik warna merah siap ada madu kalau tarik benang dekat tengah-tengah bunga tu, kalau ada rezeki lebih... adalah lauk tangan ketam... haha lauk tangan ketam tu sejenis spesis pokok yang memang misz tak tahu apa punya spesis yang misz tahu depan rumah amirul.. sebelah rumah wani.. kecik-kecik dulu misz gelar pokok tu "pokok ketam" sebab bunga dia macam tangan ketam.. pastu warna pula warna merah hujung macam penyepit ketam warna kuning...
           kadang-kadang tu oon,along,boboi, fariz, ancik, aman, amir datang join kita orang main tapi tak best sebab diaorang tak reti nak main... dalam kata lain tak reti ikut skrip dialog... menyakitkan hati sebab tu jarang ajak diaorang main mak-mak.. diaorang tu suka main bola je.. tapi kalau dah ramai-ramai tu kitaorang  rajin main "ice water" memang permainan ni bestlah misz cakap..., "police and three"... permainan "police and three" memang tak adil.. ada kepatut penjenayah semua orang besar... yang polis semua budak kecik... yang selalu kena misz dengan wani je.. dah tak ada orang lain agaknya... lepas tu penjenayah naik basikal bawa laju-laju.. yang polis pula kena jalan kaki... sungguh tak adil, lagi satu main tol-tol.. orang masuk tol kena bayar ni tak.. asyik ceroboh masuk tanpa bayar je lepas tu kena kejar.. penat...
            rumah misz dengan kawan-kawan ni semua dekat-dekat... almaklumlah rumah teres setingkat...lagi satu tempat misz tinggal dekat dengan bukit yang ditinggalkan.. kadang-kadang tu misz dengan abang misz oon dengan wani pergi panjat bukit tu sebab nak main pasir bukit yang lembut dan halus dekat atas tu.. walaupun atas tu ada pelbagai jenis ular ada.. dulu ada monyet sekarang mungkin monyet tu dah berhijrah agaknya.. banyak kali orang tegur jangan main dekat atas bukit... ermmm.. haprak semua tu ibarat masuk telinga kiri keluar telinga kanan...
             sama juga rumah hujung jalan.. rumah tu juga tak ada penghuni... corner lot...rumah tu memang banyak lalang sekitar kawasan rumah tu.. tinggi lalang tu boleh buat main sembunyi-sembunyi dalam dia.. korang bayangkanlah ketinggian budak-budak antara darjah 1~6.. memang lepasi paras kepala.. benda best kt situ bukan rumah tu tapi pagar dia... pagar dia tu pagar batu.. so, tempat tu boleh duduk seorang-seorang pada setiap tempat berlikuk yang ada pada pagar tu... tempat tu orang kata ber"ular"... tapi ermm... sehari sajalah yang takut.. sehari selepas tu main balik.. tempat lengkuk-lengkuk tu boleh dijadikan bilik.. permainan ni kena guna imiginasi yang kuat kalau tak memang tak boleh main.. permainan ni sesuai untuk yang kuat berangan macam wani dengan misz dengan angah...
            tempat misz ni mudah terpengaruh dengan "anime"... series misz cakap.. dulu masa zaman masih kecik-kecik anime yang popular antaranya cerita dragon ball, blayblet, cash gear, gundam, yugi oh!, doraemon, shin chan, yoyo... misz ingat lagi masa first time dragon ball ditayangkan.. esok terus kecoh kawasan misz.. mulalah ramai-ramai berebut lukis gambar goku.. nasib baik gambar misz dapat pujian.. so, kempang kempislah hidung misz... pastu blayblet... keluar je cerita tu... terus semua pakat beli pastu lawanlah... misz pernah menang sekali dua je.. sedih.. pastu ada pula cerita cash gear atau lebih dikenali sebagai kereta tamia... fuh!!!! dasyat misz cakap... siap ada spare part.. spare part enjin, tayar, body, rangka bawah dan macam-macam lagilah.. semua spare part tu semua abang misz punya.. jangan ditanya.. semua masa tu berangan-rangan nak buat kereta tu berputar macam dalam cerita  cash gear waktu tu.. memang kelakar.. pastu cerita yugi oh! cerita yang main lawan-lawan pakai kad tu.. haha.. sangup tak makan sebab nak beli kad  yugi oh dekat Cik Nor.. Cik Nor tu penjual jajan dekat sekolah rendah dulu.. pastu ada pula zaman yoyo.. waktu tu memang ada macam-macam bakat terkeluar antara kami semua.. misz dengan wani tak pernah jadi buat bentuk guna yoyo.. last kali fed up..
             lagi satu tabiat misz dengan abang misz masa kecik-kecik dulu suka main playstation.. masa tu baru ada playstation 1 je belum ada 2,3 lagi.. misz ingat lagi lepak rumah angah semata-mata nak main playstation.. haha.. series... kitaorang siap kongsi lagi CD game.. angah suka pinjam CD mickey mouse... mickey mouse tu games masak-masak... boleh dikatakan seronoklah juga.. hias meja nak kasi mickey dengan mini makan sampai leka..
            cakap dekat rumah angah.. angah, misz, oon, boboi, along.. kitaorang main permainan perang... permainan tu  memerlukan kusyen.. kusyen akan susun seperti kubu dan laluan askar.. laluan tu kena menyiarap sambil bawa senapang mainan..memang best.. permainan ni lagi best kalau main masa hujan sebab kena menyiarap dekat lantai.. memang sejuk! nyaman~
            misz ingat lagi.. masa misz kecik-kecik dulu ada satu auntie cina nama dia sarah ajak kitaorang datang rumah mandi kolam renang... kolam renang plastik je masa tu.. tak silap misz.. masa tu auntie ajak amir.. amir lak ajak kitaorang.. perghh memang bestlah.. tapi masa tu mak bapak liat sikit nak kasi izin.. tapi lepas kena pujuk... dapat lampu hijau apa lagi.. misz, wani, angah, oon, boboi, fariz, amir... pergh semua terjun tiruk dalam kolam tu.. auntie tu siap jamu kitaorang air jus oren.. tak silap misz masa tu auntie ada anak lelaki dengan perempuan.. tapi misz tak ingat muka diaorang macam mana.. yelah dah lama sangat..
            kalau buntu sangat tak tau nak main apa.. kitaorang main baling selipar.. permainan ni misz rasa ramai orang Malaysia dah qartam permainan tu.. permainan ni memerlukan 3 ~ lebih selipar... selipar tu akan disusun menegak seperti piramid... hanya satu selipar diperlukan untuk baling kearah susunan selipar tadi.. hanya ada tiga perluang sahaja diberi untuk menjatuhkan susunan selipar.. kalau tak kena giliran akan diberi kepada pihak lawan.. kalau kena apa lagi..... LARI ~!!! hati-hati jangan sampai kena badan kalau tak kena keluar.. salah satu dari pihak anda perlu menyusun balik semula selipar itu sehingga kukuh.. bentuknya mesti seperti piramid walaupun susunan tunggang-langgang.. kalau tak seorang pun berjaya menyusun semula selipar itu atau semua ahli kena selipar akan dikira kalah..malu~~ memang best permainan ni.. tapi tak boleh main selalu nanti lebam kulit sebab asyik kena selipar..
             masa misz kecik-kecik dulu antara permainan yang misz dan wani main berdua adalah anak patung kertas.. masa tu benda alah tu ada dijual dekat kedai nadarasan atau kedai india depan pagar sekolah menengah... benda tu tak silap misz besar sikit dari kertas A4.. dalam kertas tu macam kertas papan nipis yang dikoyak kepada tiga helai.. dalam setiap kertas tu dibahagikan kepada empat.. ada dua anak patung yang lain tu semua pakaiannya.. misz ni jenis cerewet.. nak tau tak dekat tepi-tepi kertas tu ada gambar cupcake, mikrofon, bantal, kucing, pinggan mangkuk dan macam-macam lagi lah.. semua benda alah tu misz gunting.. pastu simpan... haha memang penjimat betul..lagi pun benda tu cuma duduk dekat tepi-tepi kertas.. so, kena guntinglah kalu tak rugi.. misz simpan benda alah tu sampai dua kotak kasut penuh.. fuh!! gila banyak misz kumpul..
              tu belum lagi masa main bola sepak, main badminton, main belon air, main papan luncur, main kad "happy family at home", main saidina, main juta ria, main doktor-doktor, main panjat pokok, main kawin-kawin, main galah panjang, main congkak, main batu seremban, kena kacau dengan h*ntu malam puasa, main boling, main basikal lepas dua tangan, main sembunyi-sembunyi, hari terbuka hari raya aidilfitri... pergi rumah orang untuk beraya.. beratur nak duit raya.. gelak ketawa memang perkara yang menyeronokkan.....
             misz rindu semua kenangan tu... angah,along, boboi dah pindah ke sepang.. rumah diaorang dah jual.. auntie sarah dah pindah.. amir dah berubah.. dulu amir baik.. disebabkan dia salah pilih kawan kami semua jarakkan persahabatan dengan dia, fariz dah tak bercakap dengan misz macam dulu.. dulu fariz yang rajin cerita fasal kereta perang, peluru, jet dekat misz, ancik dengan aman dah tak serapat dulu.. misz dengan wani rindu angah.. kami rindu main masak-masak.. wani dah jadi seorang pemalu bila nak jumpa angah.. eh lupa nak cakap angah laki bukan perempuan eh... wani sibuk dengan tusyen untuk PMR.. misz tak berapa nak cakap dengan oon.. sebab makin dia besar makin menyakitkan hati bila dengar dia buka suara.. bila misz keluar.. misz tengok sekeliling.. misz sentiasa teringat masa lampau.. kadang-kadang sebak menyerang sebab semua tu hanya tinggal kenangan yang tak terucap indahnya.. misz rindukan saat kita semua berkumpul dan ketawa sama-sama.. adakah kita semua akan kembali macam dulu?? adakah kita semua akan bertemu dan bermain sama-sama lagi?? biarlah Allah takdirkan pertemuan kita semua semula..

sampai sini jelah misz coret.. kalau diaorang nak tahu apa yang misz tulis.. kenalah diaorang melawat blog misz.. hanya di ceritaku!