BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ogos 11, 2012

3 perkara yang tidak faham.

Assalamualaikum..
   Dalam hidup misz ada 3 perkara yang misz tak faham.. perkara ni sudah lama misz cuba cari maksud. Walaupun dah jumpa maksudnya tapi misz tetap tak faham.
   1.Ego
  - series misz cakap misz tetap tak faham apa itu ego. tetap tak boleh bezakan ego dengan keras kepala.
   2. air mata
  - misz tak faham kenapa kita perlu menangis? misz bencikan perkara yang menyakitkan badan. tak kiralah fizikal ataupun mental. bukan nak menyangkalkan suratan takdir yang Allah dah tuliskan. tapi misz tetap tak boleh buang perasaan tak suka pada air mata. yelah. disebabkan air mata kita merasakan kebahagian dan kerana air matalah kita merasakan kesakitan. misz tak suka melihat orang yang menangis sebab seoleh-oleh misz dapat rasa apa yang dia rasa. rasa kesakitan dan rasa kesunyian. sebab tu misz akan marah pada orang yang suka menangis. sebab misz juga akan rasa kesakitan yang misz tak mahu. misz tak faham kenapa sesetangah orang suka menangis. padahal tak sakit ke asyik merasa kesakitan? walaupun misz cakap begitu misz juga akan menangis bila misz rasa kesunyian. sesiapa tolong bagitahu kenapa kita akan merasa sakit bila menangis?

   3. cinta
  - sampai sekarang misz masih mencari cinta.. misz xdapat nak merasakan kebahagiaan dalam couple.. walaupun dah banyak kali misz couple.. mungkin misz akan jumpa cinta? orang kata hati misz kebal walaupun misz gatal.. (xde lah tahap gatal miang gile2. sekadar gitu-gitu je).. bila misz fikir balik bukan korang sahaja yang cuba robohkan pintu hati misz yang menemui kegagalan.. misz sendiri tak mampu nak robohkan hati misz yang kebal ni.. adakah ada seseorang yang mampu pecahkan temboh hati misz ni? biarlah dia menjadi rahsia.. bila difikirkan balik apa maksud cinta? setiap orang ada difenisi tentang cinta tapi tiada seorang pun berjaya menemui maksud sebenar cinta.. tapi kita semua tahu yang kita semua akan merasa perasaan cinta.. :)

   oklah korang.. misz nak tidur dulu.. kalau nak tahu lagi apa yang misz cuba sampaikan kenalah selalu melawat blog ceritaku! apa yang misz cakap ni rahsia misz.. ssshhhh! janganlah bagitau orang lain.. kalau diorang nak tahu juga.. kenalah melawat ceritaku! misz nie.. bye.. assalamualaikum.