BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Februari 25, 2013

cita-cita dan rezeki

Assalamualaikum kepada seluruh umat Islam serata dunia.. dan selamat malam kepada bukan umat Islam..


    Ok! macam korang baca pada title pada entry kali ini.. apa kena mengena cita-cita dan rezeki. kalau korang ni jenis sukar berfikir pasti korang akan dapat tangkap apa misz mahu ucapkan... tapi misz bukan nak cerita perkara umum yang membabitkan berjuta-juta orang tapi perkara ini hanya terbabit dengan misz sahaja. ini apa yang fikirkan..
    setiap orang pasti ada cita-cita.. ada mahu jadi juruterbang, model, penyanyi, pelakon, pengarah, doktor, jurutera dan banyak lagi.. tapi misz punya cita-cita nak jadi pengkaji angkasa. Cita-cita misz ni... misz tamankan dalam hati dan ingatan misz sejak berumur darjah 6... biasalah dulu memang banyak cita-cita misz tapi kejap nak jadi doktor, kejap nak jadi cikgu math, kejap nak jadi saintis dan banyak lagilah..
    misz teringin nak jadi pengkaji angkasa selepas misz pandang langit..masa misz berumur 6 tahun misz terfikir adakah dalam dunia ini hanya ada matahari, bumi, bulan dan bintang?? apa yang ada diluar bumi?? adakah luar bumi hanya kosong?? kalau kosong kenapa  kita boleh nampak bintang?? dari mana bintang itu datang?? kenapa bintang berwarna? apa bentuk bintang?? sejak itu misz terfikir Allah S.W.T sorokkan sesuatu diangkasa.. soalan demi soalan bersarang dalam kepala misz.. perkara itu amat mustahil untuk misz yang ketika itu masih budak kecil untuk menjawab soalan-soalan tu..
     tanpa misz sedar Allah S.W.T menjawab soalan misz dari tahun ke tahun.. maka terhurailah sedikit demi sedikit  soalan misz.. Alhamdulillah.. syukur kepada Allah S.W.T..
     selepas sedikit demi sedikit soalan misz terjawab semakin banyak persoalan yang otak misz keluarkan. tak reti penat agaknya misz punya fikiran ni.. tapi bagi misz perkara ini langsung tidak memenatkan.. malah lebih menyeronokkan..
     sampai sekarang dalam hati misz masih kuat api semangat.. misz akan pastikan impian misz akan tercapai...
     sebenarnya mama dengan abah misz penah membantah dengan menyuruh misz menjadi doktor pakar jantung.. kerana doktor punya gaji lebih mahal dan berlipat-lipat dari gaji pengkaji angkasa... sebelum ni misz terfikir kalau misz tak dapat masuk kelas sains misz punya impian berkecai.. sehingga misz melihat abang misz masuk bidang yang langsung tak ada kena mengena dengan aliran yang abang misz ambik semasa sekolah menengah tinggi dahulu..
     sebenarnya misz kecewa kerana result misz tidak memuaskan dan menyebabkan misz masuk kelas akaun.. terasa berkecai hati bila mama dan abah misz menyanyakan cita-cita misz berulang-ulang kali.. bila misz cakap misz nak jadi pengkaji angkasa... tapi lebih mengecewakan bila mama misz sendiri kata.. result misz dah tak layak untuk jadi pengkaji angkasa dan suruh misz masuk aliran bisness study ataupun spa managament bila masuk universiti.. mama kata kalau berniaga cepat sikit kaya..  
    "tapi maaf mama.. walaupun apa mama cakap kakak tetap dengan keputusan kakak.. penentuan rezeki bukan ditangan mama tapi di tangan Allah S.W.T.. Dia yang menentukan rezeki kita mama.. kakak akan buktikan yang kakak akan berjaya dan mengharumkan nama negara, agama dan bangsa dipersada dunia.. mama perlu tunggu.. dan kakak akan buktikan yang kakak akan berjaya dengan impian kakak.."*luahan hati*
     di Malaysia ni ramai orang kata.. kalau result tidak memuaskan akan memutuskan impian dan cita-cita... jangan putus asa.. rezeki sekolah rendah tidak sama dengan rezeki sekolah menengah, rezeki sekolah menengah tidak sama rezeki di universiti, rezeki di universiti tak sama dengan rezeki alam perkerjaan tapi semua rezeki tadi sama dengan rezeki kehidupan.. maka bersyukur dengan apa yang kita ada.. bersyukur tidak bermakna kita berputus asa.. kita perlu terus berusaha seoleh-oleh hari kiamat esok hari..
      apa misz cakap ini apa yang misz fikirkan.. sampai sini sahajalah coretan misz.. misz nak tidur.. selamat malam semua.. jumpa lagi.. ehhhh!! STOP!! misz lupa tagline misz... ssshhh!! kalau diaorang nak tahu apa misz coretkan kenalah melawat ceritaku! assalamualaikum semua...





     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan