BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Januari 19, 2013

definisi cintaku 1

Assalamualaikum kepada umat Islam dan selamat petang kepada bukan agama Islam..

     aku rindu dekat korang.. (eleh rindu.. baru semalam update entry.. dah rindu) hehe.. oklah back to story.. kalau tak back to story misz melalut lak..
     setiap orang ada definisi fasal cinta.. macam-macam.. kadang kala tu sampai mengeletek hati.. misz punya definisi cinta... dalam hati misz ada empat peringkat.. setiap peringkat ada halangan..

>>peringkat pertama:
- misz gelarkan peringkat jalan bengkang-bengkok.. dalam peringkat itu cinta kena berjalan kaki untuk menempuh dan melawan perasaan benci, menyampah dan meluat.. peringkat peringkat beginner.. walaupun peringkat beginner jangan ambik temeh perkara ni sebab banyak cinta yang tersangkut dan tak lepas peringkat ni..

>>peringkat kedua:
-peringkat kedua dikenali sebagai peringkat tangga yang panjang.. dalam peringkat ini cinta kena bertempur, berperang, dan berebut tangga daripada perasaan sayang.. perasaan sayang adalah sesuatu perasaan yang mampu menumpaskan cinta tetapi sayang juga boleh jadi kawan dan peneman cinta..peringkat ini peringkat medium.. peringkat medium ini mengambil masa yang lama untuk disettlekan.. bergantung pada kuasa yang dimiliki oleh cinta..  

>>peringkat ketiga:
-peringkat pintu gerbang percintaan.. dalam peringkat ini tersimpan sebuah kunci emas..kunci ini digunakan oleh cinta untuk membuka pintu gerbang percintaan.. peringkat ini peringkat hard.. kunci itu hilang lama diperingkat ini.. cinta harus berkarate, bersilat, bertomoi, bertaekwando dan berkungfu dengan perasaan suka.. cinta bertemankan sayang harus menumpaskan dan menandingi perasaan suka.. hanya cinta yang memiliki kekuatan sahaja yang mampu melawan perasaan suka.. selepas menandingi perasaan suka.. cinta, sayang dan suka harus menganding bahu dan bertukus lumus mencari kunci..

>>peringkat keempat:
-iaitu peringkat terakhir.. peringkat ini peringkat yang diingini oleh cinta.. peringkat ini digelar peringkat Istana Cinta.. Istana Cinta terletak pelusuk paling jauh didalam hati. peringkat ni hanya boleh ditempuhi selepas cinta menjumpai kunci pintu gerbang cinta.. walaupun berpuluh-puluh cinta yang berjaya membuka pintu gerbang cinta.. hanya satu cinta terpilih sahaja yang akan menduduki Istana Cinta ... peringkat ini sangat digeruni oleh cinta kerana peringkat ini pemilihan akan dilakukan.. pemilihan cinta dihakimi oleh Tuhan Yang Maha Besar.. Cinta yang sejati sahaja akan menduduki  Istana Cinta.. Cinta terpilih itu memiliki kekuatan, kehandalan, bijaksana dan kelembutan sahaja yang mampu mentadbir Istana Cinta dengan jayanya.. walaupun peringkat ini nampak seperti mudah tetapi peringkat ini digelar sebagai peringkat expert.. kerana dalam peringkat ini sentiasa akan diserang oleh raksasa cemburu dan raksasa nafsu.. Cinta dan Iman akan bergabung untuk menumpaskan dan menundukkan perasaan cemburu dan nafsu dan melindungi Istana Cinta sepenuh jiwa..

haha.. hebatkan definisi cinta misz?? bunyi macam permainan games saja... haha.. korang perasankan bagaimana Cinta berjaya?? kesusahan ditempuhi oleh cinta untuk memasuki Istana Cinta... kerana itu misz menganggap Cinta itu sesuatu anugerah yang paling besar oleh Allah S.W.T... :D ini baru definisi cinta misz yang pertama.. masih ada lagi definisi cinta yang lain.. ini adalah tanggapan misz tentang cinta.. :3 jumpa lagi.. bye..
SSSSHHHH!! ini rahsia tau kalau yang lain mahu tahu kenalah melawat misz punya blog.. hanya di ceritaku!





Januari 17, 2013

nampaknya

assalamualaikum...
        hai semua.. apa khabar?? sihat ke?? kalau yang sakit tu pergilah klinik ya.. takut melarat pulak...
macam kau orang baca misz punya tajuk "nampaknya".. apa yang nampak?? kau orang jangan ingat misz ni buta sudahlah.. memang misz rabun tapi tak adalah sampai tahap buta..
        kembali ke tajuk.. nampaknya misz buat penambahan pada misz punya blog.. nak tahu apa yang misz tambah??? jeng2.. misz tambah translate kat misz punya blog.. misz tengok blog misz ni dilawati oleh banyak negara.. misz kesian kepada anda (yang tidak faham bahasa melayu dan bukan warganegara Malaysia).. terima kasih kerana melawat misz punya blog.. walaupun misz punya blog tak mempunyai entry yang menarik untuk anda semua baca.. tapi nampaknya entry mengenai "cinta" yang paling popular.. popular pun 7 view je.. hurmm.. nampaknya misz kena perbanyakkan entry fasal cinta.. tapi..(-_-) masalahnya.. misz tak pernah rasa perasaan cinta boleh ke misz cerita fasal cinta??? misz rasa tak perlu kot.. misz hanya perlu cerita fasal kehidupan misz dah cukup...
        misz peliklah.. blog hampeh macam blog misz ni pun sampai keluar negara datang jenguk-jenguk misz punya blog.. (-,-) ke diaorang salah tempat.. ingat nak tengok blog yang comel-comel tapi.. rupa-rupanya blog macam tenuk..(aik.. macam perli blog sendiri nampak... haha).. misz jujur.. misz memang tak reti nak hias blog jadi comel macam blog2 lain.. bukan tu sahaja cara nak cari link nak tukar blog punya background pun misz dah lupa... (apalah nak jadi dengan misz ni.. banyak makan semut agaknya..)
       macam anda semua lihat.. nampaknya misz kena pertingkatkan lagi usaha untuk menjayakan blog misz ni.. sekian..

      SSSSHHH!! ini rahsia antara kita.. kalau nak tahu lebih lanjut.. kenalah melawat misz punya blog.. hanya di ceritaku!..

Januari 16, 2013

fikir...

Assalamualaikum...
     apa khabar semua...  hari ni misz tak pergi sek sebab kepala misz sakit... entah apa-apalah sakit ni.. disebabkan sakit ni lah misz bosan dekat rumah...
    macam korang tengok pada title.."fikir".. mesti korang nak tahukan.. kalau xnak tau korang janganlah baca... (huhu taching jap..) opppss... jangan baca sekerat je.. bacalah kasi habis dulu..
    sebenarnya misz terfikir sudah setahun sebulan dah misz dalam bidang ni.. tapi blog ni mcm tak hidup..huhu nak buat macam mana misz langsung tak promote misz punya blog... misz tak minatlah orang nak baca misz punya blog.. misz pun satu.. langsung tak buat sesuatu yang orang lain nak follow.. cer kau orang tengok misz punya statment hanya ada 18 statment termasuk statment ni.. lepas tu harapkan orang lain follow.. kadang 2 misz cemburu  dengan blog 2 yang lain.. ada blog yang comel, lawa, cute, smart, cool dan ada yang panas!... dalam blog tu ada lagu, title blog pun comel2.. statment diaorang pun best.. tu belum masukkan lagi wallpaper yang memikat hati.. hurmmm.. tergugat kesabaran tengok diaorang punya blog.. macam manalah diaorang buat..
    entah ada orang usha misz punya blog ke tak.. entah2 misz sorang je yang usha blog misz sendiri.. yelah xde sapa nak angkat bakul misz, misz sendiri yang kena angkat bakul sendiri..:p (perasan sendiri jap..)
    nampaknya misz kena ubah blacground blog misz... tapi apa temanya kali ni eh?? bende yang manis... ermm.. strawberi?? tak naklah strawberi.. misz tak suka strawberi.. harap je comel tapi tak manis... (-.-)... misz fikir kali ni misz bubuh blackground apple lah.. red apple.. (^_^).. bila nak ubah tu.. jangan ditanya..
    oklah sampai sini sahajalah.. bye... assalamualaikum... ehhhhh!!!! kejap2.. misz lupa tagline misz.. hehe.. ssshhh!! jangan bagitahu sape2.. klau diaorang nak tahu kenalah melawat blog misz... hanya di ceritaku!


Januari 10, 2013

rahsia dan tipu

Assalamualaikum semua...
   kembali lagi misz ke blog yg sememangnya xdew penghuni nak baca... tiba-tiba ada tajuk lak misz terfikir tadi... baru je tadi.. korang mesti tahukan... xD tipulah kalau korang xtau... :D korang dah baca misz punya tajukkan?? so automatiklah korang dah tau.. xD jangan main tarik tali dengan misz lah... xD terbirat baru tau...
   ok back to story... misz nak cite ni... korang perasan x apa perbezaan rahsia dengan tipu??? kalau korang dapat tau perbezaannya korang memang seorang yang suka berfikir... mula-mula dulu misz selalu juga fikir yang tipu dengan rahsia ni benda yang sama... tapi bila misz bt pantauan umum keatas manusia-manusia disekeliling... baru misz perasan yang ada perbezaan antara rahsia dengan tipu...
   salah satu perbezaannya.. rahsia adalah sebuah amanah yang diberikan oleh seseorang untuk menjaganya...  rahsia adalah sebuah amanah yang akan membuat kite dapat dosa bila kita sengaja membocornya (bagi mereka yang memengang amanah rahsia bukan tuan punya rahsia).. orang betul-betul amanah sahaja boleh menjaga rahsia kalau x.. say bye2 to rahsia.. jangan harap nak tau rahsia ni... \
    manakala tipu pula.. adalah sesuatu perbuatan yang kite akan dapat dosa kalau melakukannya (agaknya lah... misz bukan pandai sngt tentang2 benda ni.. kalu nak lebih sahih rujuk pada yg pandai..)
    tetapi adakalanya kerana sebuah rahsia kita terpaksa menipu untuk menjaga rahsia tu.. jangan salahkan mereka... mereka adalah seorang yang amanah sebab tu mereka sanggup menipu untuk menjaga sebuah rahsia... so memahamilah mereka...
    setiap orang ada rahsia yang orang lain xboleh tahu... jangan paksa orang yang xnk berkongsi rahsia dengan anda... misz takut anda sendiri yang masuk hospital sebab kena pelempang 12... hehe.. janganlah melenting dekat diaorang bila mereka merahsiakan sesuatu.. jangan angap mereka ni suka menipu untuk menutupkan rahsia atau aib mereka... mereka ada hak untuk menyimpan rahsia.. dan korang tak ada hak untuk mempertikaikan sebuah rahsia yang selama ini tersimpan kukuh akhirnya terbuka juga rahsia.. tak baik kita menuduh melulu..
    so harap korang dapat bezakan tipu dengan rahsia.. walaupun perdedahan tentang rahsia lebih banyak berbanding tipu.. so harap korang paham apa yang misz cakap...
    sssshhhhh! ini rahsia kita-kita saja.. kalu diaorang nak tahu kenalah melawat ceritaku! bye!

 

Januari 03, 2013

azam baru tahun 2013

Assalamualaikum...
   Rindu gilelah kat korang... dah lame xlayan blog.. sampai dah lupa macam mana nak tulis status blog.. :D hehe.. korang dah bacakan tajuk misz kt ataskan???  tiap2 tahun mesti misz akan cakap tentang blog.. ;p macam lah ada peminat rahsia yang rajin baca misz punya blog...
   tapi misz suka sebab kalau boleh misz tak nak orang tau pasal blog misz.. sebab blog misz ni ibarat burung merak yang berjalan ditengah-tengah bandar... (haha.. buat perumpamaan sendiri..) ceh wah... macam belagak lak dengar...
   berbalik pada tajuk asal.. kena lah berbalik pd tajuk kalau tak macam mana korang nak tau info misz...(macamlah info sngt..xD xpenting pon..)
   sebut pasal azam baru ni... korang punya azam apa untuk taun ni?? azam tahun lepas tercapai x?? cuba share..
   azam misz tahun ni nak jadi lebih tabah.. misz nak terus berjuang.. misz xnak kalah pada arus masa... tahun lepas banyak perkara yang terjadi dalam hidup misz... tahun lepas bagi misz tahun yang langsung xada seri.. misz xsuka... bagi misz tahun lepas misz umpama mayat hidup sahaja.. (yeke?? bunyi macam zombie lak dengar...) tapi tahun ni misz harap perkara seronok terjadi... :D benda yang MENGGEMPAKKAN!!! macam durian runtuh ke??? bulan jatuh ke riba ke??? xpon mamat macho, hot stuff, baik hati, romantik atau baik hati ke?? (haha tu dia... misz punya gatal miang dah mai dah.. )..
   tahun lepas misz banyak terluka... dan mengugurkan mutiara yang misz benci.. ia tak lain dan tak bukan air mata... benda yang misz benci.. tahun ni misz nak jadi tabah dengan dugaan... tak kalah pada apa jua keadaan.. benda yang menyakitkan misz... misz akan tahan air mata dari terus mengalir...
 Ya Allah.. tabahkan hidupku.. tabahkan imanku dari terus tumbang jatuh ke tanah.. ampunilah dosa ku yang lepas..