BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Januari 10, 2013

rahsia dan tipu

Assalamualaikum semua...
   kembali lagi misz ke blog yg sememangnya xdew penghuni nak baca... tiba-tiba ada tajuk lak misz terfikir tadi... baru je tadi.. korang mesti tahukan... xD tipulah kalau korang xtau... :D korang dah baca misz punya tajukkan?? so automatiklah korang dah tau.. xD jangan main tarik tali dengan misz lah... xD terbirat baru tau...
   ok back to story... misz nak cite ni... korang perasan x apa perbezaan rahsia dengan tipu??? kalau korang dapat tau perbezaannya korang memang seorang yang suka berfikir... mula-mula dulu misz selalu juga fikir yang tipu dengan rahsia ni benda yang sama... tapi bila misz bt pantauan umum keatas manusia-manusia disekeliling... baru misz perasan yang ada perbezaan antara rahsia dengan tipu...
   salah satu perbezaannya.. rahsia adalah sebuah amanah yang diberikan oleh seseorang untuk menjaganya...  rahsia adalah sebuah amanah yang akan membuat kite dapat dosa bila kita sengaja membocornya (bagi mereka yang memengang amanah rahsia bukan tuan punya rahsia).. orang betul-betul amanah sahaja boleh menjaga rahsia kalau x.. say bye2 to rahsia.. jangan harap nak tau rahsia ni... \
    manakala tipu pula.. adalah sesuatu perbuatan yang kite akan dapat dosa kalau melakukannya (agaknya lah... misz bukan pandai sngt tentang2 benda ni.. kalu nak lebih sahih rujuk pada yg pandai..)
    tetapi adakalanya kerana sebuah rahsia kita terpaksa menipu untuk menjaga rahsia tu.. jangan salahkan mereka... mereka adalah seorang yang amanah sebab tu mereka sanggup menipu untuk menjaga sebuah rahsia... so memahamilah mereka...
    setiap orang ada rahsia yang orang lain xboleh tahu... jangan paksa orang yang xnk berkongsi rahsia dengan anda... misz takut anda sendiri yang masuk hospital sebab kena pelempang 12... hehe.. janganlah melenting dekat diaorang bila mereka merahsiakan sesuatu.. jangan angap mereka ni suka menipu untuk menutupkan rahsia atau aib mereka... mereka ada hak untuk menyimpan rahsia.. dan korang tak ada hak untuk mempertikaikan sebuah rahsia yang selama ini tersimpan kukuh akhirnya terbuka juga rahsia.. tak baik kita menuduh melulu..
    so harap korang dapat bezakan tipu dengan rahsia.. walaupun perdedahan tentang rahsia lebih banyak berbanding tipu.. so harap korang paham apa yang misz cakap...
    sssshhhhh! ini rahsia kita-kita saja.. kalu diaorang nak tahu kenalah melawat ceritaku! bye!

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan