BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Januari 19, 2013

definisi cintaku 1

Assalamualaikum kepada umat Islam dan selamat petang kepada bukan agama Islam..

     aku rindu dekat korang.. (eleh rindu.. baru semalam update entry.. dah rindu) hehe.. oklah back to story.. kalau tak back to story misz melalut lak..
     setiap orang ada definisi fasal cinta.. macam-macam.. kadang kala tu sampai mengeletek hati.. misz punya definisi cinta... dalam hati misz ada empat peringkat.. setiap peringkat ada halangan..

>>peringkat pertama:
- misz gelarkan peringkat jalan bengkang-bengkok.. dalam peringkat itu cinta kena berjalan kaki untuk menempuh dan melawan perasaan benci, menyampah dan meluat.. peringkat peringkat beginner.. walaupun peringkat beginner jangan ambik temeh perkara ni sebab banyak cinta yang tersangkut dan tak lepas peringkat ni..

>>peringkat kedua:
-peringkat kedua dikenali sebagai peringkat tangga yang panjang.. dalam peringkat ini cinta kena bertempur, berperang, dan berebut tangga daripada perasaan sayang.. perasaan sayang adalah sesuatu perasaan yang mampu menumpaskan cinta tetapi sayang juga boleh jadi kawan dan peneman cinta..peringkat ini peringkat medium.. peringkat medium ini mengambil masa yang lama untuk disettlekan.. bergantung pada kuasa yang dimiliki oleh cinta..  

>>peringkat ketiga:
-peringkat pintu gerbang percintaan.. dalam peringkat ini tersimpan sebuah kunci emas..kunci ini digunakan oleh cinta untuk membuka pintu gerbang percintaan.. peringkat ini peringkat hard.. kunci itu hilang lama diperingkat ini.. cinta harus berkarate, bersilat, bertomoi, bertaekwando dan berkungfu dengan perasaan suka.. cinta bertemankan sayang harus menumpaskan dan menandingi perasaan suka.. hanya cinta yang memiliki kekuatan sahaja yang mampu melawan perasaan suka.. selepas menandingi perasaan suka.. cinta, sayang dan suka harus menganding bahu dan bertukus lumus mencari kunci..

>>peringkat keempat:
-iaitu peringkat terakhir.. peringkat ini peringkat yang diingini oleh cinta.. peringkat ini digelar peringkat Istana Cinta.. Istana Cinta terletak pelusuk paling jauh didalam hati. peringkat ni hanya boleh ditempuhi selepas cinta menjumpai kunci pintu gerbang cinta.. walaupun berpuluh-puluh cinta yang berjaya membuka pintu gerbang cinta.. hanya satu cinta terpilih sahaja yang akan menduduki Istana Cinta ... peringkat ini sangat digeruni oleh cinta kerana peringkat ini pemilihan akan dilakukan.. pemilihan cinta dihakimi oleh Tuhan Yang Maha Besar.. Cinta yang sejati sahaja akan menduduki  Istana Cinta.. Cinta terpilih itu memiliki kekuatan, kehandalan, bijaksana dan kelembutan sahaja yang mampu mentadbir Istana Cinta dengan jayanya.. walaupun peringkat ini nampak seperti mudah tetapi peringkat ini digelar sebagai peringkat expert.. kerana dalam peringkat ini sentiasa akan diserang oleh raksasa cemburu dan raksasa nafsu.. Cinta dan Iman akan bergabung untuk menumpaskan dan menundukkan perasaan cemburu dan nafsu dan melindungi Istana Cinta sepenuh jiwa..

haha.. hebatkan definisi cinta misz?? bunyi macam permainan games saja... haha.. korang perasankan bagaimana Cinta berjaya?? kesusahan ditempuhi oleh cinta untuk memasuki Istana Cinta... kerana itu misz menganggap Cinta itu sesuatu anugerah yang paling besar oleh Allah S.W.T... :D ini baru definisi cinta misz yang pertama.. masih ada lagi definisi cinta yang lain.. ini adalah tanggapan misz tentang cinta.. :3 jumpa lagi.. bye..
SSSSHHHH!! ini rahsia tau kalau yang lain mahu tahu kenalah melawat misz punya blog.. hanya di ceritaku!





Tiada ulasan:

Catat Ulasan