BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ogos 31, 2013

bored

I'm bored,
I'm feel like nothing,
I'm feel like I'm from dark ocean,
Nothing that I feel,
I wonder that I from the palace of dark alone city,
I don't know what I feel right now,
meanless, lonely, nothing, alone, bored,
I hope the knight from palace of happy of love come to me,
and said "Dear alone of princess come to me and meet you happiness at kingdom of happy of love,"
after all I meet my heart of lovely,
He caught my love and carried me to high of sky and never return to dark and deep ocean...

ps: maaf ye sebab guna bahasa inggeris yg teramat jahamannya tu.. misz bukan pandai pon berbahasa inggeris.. hurmmmmmmmm (TT_TT) maaf

bosan

assalamualaikum pada muslim dan selamat malam buat semua..

hari nie misz kebosanan.. hurmmmm... misz tinggal dkt rumah dengan abang misz je..

ohye lupa nak kasi tau korang... misz sekarang guna 2 cara nk bkak blog nie.. melalui laptop dengan henset., kalau korang jumpa entry pendek tu., misz guna fon untuk online..

misz skrg bukak blog satu lagi melalui laptop.. jadi blog nie misz guna melalui henset.. lebih kuranglah... hehe...

misz selalunya update pasal seseorang... tapi maaf erk... misz xnk mentionkan nama dia.. sebab misz malu., hehe.. nanti kantoi lak siapa si kekasih hati tu... hehe..

ohye... sebelum misz lupa.. misz xdpt tengok komen korang tau.. sebab misz pakai henset... jadi misz akan balas komen korang bile misz bukak blog nie melalui laptop..

sekarang laptop misz tengah busy dengan pelbagai benda yg hendak di downloadkan.. hoho.. penat juga erk muat turun nie.. hehe penat menunggu...

boleh tahan gak erk lamanya nk muat turun video2 nie.. penat seluruh otot2 dkt badan misz nie.. nak buat mcm mana untuk muat turun semua video yg ada agak terhad.. hurmmmm... /(~_~)\

wah boleh tahan misz tulis... pot pet pot pet gedebak gedebum xsangka sudah panjang misz tulis... nampak sngt misz ada banyak masa terluang sehingga serajin ini misz tulis.. misz guna henset erk tulis benda alah nie.. hoho... nampak x kerajinan misz dekat sini???

oklah sampai sini jelah coretan misz... shhhh! apa yg misz kongsikan hanya untuk kite2 aje.. kalau dia nk tau kenalah melawat ceritaku!

Ogos 30, 2013

baguslah

hari ni gunakan gambar dia untuk tenangkan sepupu yg patah hati.. dan ia berhasil.. baguslah.. aura dia memang terbaik... <3 <3

Ogos 29, 2013

nak jumpa dia..

seronoknya dengar suara dia.. memang suara angelic voice.. dia buatkan misz makin sukakan dia.. oh!!!!! bahagianya...  nak sangat jumpa dia.. tapi apakah daya.. ia adalah mustahil.. harap sangat dapat jumpa dia.. menetap wajahnya.. nak jumpa dia <3

rindu..

entahlah.. sejak bile aq rindukan dia.. susah nk jumpa dy.. dy dkt jepun skrg.. agk2 bile dpt jumpe.. hurmmm.. asyik menetap wajahnya di deskop laptop je.. haisss.. nk jumpa dy.. \(>3<)/

Julai 19, 2013

yoh! lama tak datang bertengek dekat blog ni!

ok guys... Assalamualaikum...

  Lama juga ya misz tak layan blog ni.. dah dekat sebulan jugalah... hehe... semua taukan sekarang bulan berapa?? Sekarang bulan 7!! ini bermakna Bulan ini bulan yang palig mulia iaitu bulan Ramadhan.. suka tak bulan ramadhan ni korang?? hehe.. tiba2 misz jadi aktif pula...


   Ok sebenarnya misz bukan tak nak buka blog ni tetapi misz tengah busy dengan blog satu lagi... hehehe... nak tau tak blog apa?? Rahsia... hehe.. gurau saja... kalau nak tau... sila buka link di bawah entry ye.. 


   Blog ni mengenai artis yang misz gemari.. hehe.. jangan marah.. misz bukan sengaja buat blog mengenai diaorng... kalau siapa rajin mehlah usha2 blog tu... blog tu happy berbanding dengan blog ni.. tapi nak buat mcam mana... blog ni misz guna untuk luahkan perasaan-tan misz ni... hehe.. tapi misz pakai ayat skema gitu.. yelah ikut bahasa melayu dengan cemerlang.. kehkeh.. :3 cuba tekan link tu boleh tak??

    Tapi blog ni tak ada tempat untuk follow... siapa tau mcm mana nak masukkan balik followers box balik?? misz dah cuba untuk masukkan tapi tak berjaya.. Malah misz dah ikut beberapa langkah dari blog2 lain untuk masukkan followers box... hurmmm someone help me? siapa yang berjaya tolong misz untuk pasang followers blog sampai berjaya... misz akan kreditkan nama dia dalam blog tu.. tolonglah... (T__T)

    Oklah.. sampai sini sahajalah.. bye2 all... eh! kejap.. macam misz lupa tagline misz sahaja.. hehe... SHHHHH!!! hanya kita-kita ajar tau.. kalau diaorang nak tau apa yang misz updatekan.. kenalah melawat ceritaku! 

tekan ini : Melawat

Jun 01, 2013

lubuk hati

assalamualaikum dan selamat malam semua...


      misz sunyi sangat... walaupun misz dikurniakan kehidupan yang serdahana dan boleh dikatakan bahagia... tapi misz rasa sunyi sangat.. macam tak cukup sesuatu.. perasaan sunyi yang tak ada siapa faham.. penat sangat.. adakala misz rasa mati sahaja... tapi tak akan misz nak bunuh diri pula... karang tak fasal-fasal percuma masuk neraka ...

      tapi perasaan misz ni lebih kepada mahu bercinta.. sebenarnya misz dah couple banyak kali tapi misz tak rasa pun perasaan cinta seperti mana orang lain uar-uar kan tu dalam perhubungan tanpa ikatan sah.. sebenarnyakan misz ni senang sangat jatuh suka pada seseorang tapi bila misz cerita pada Wani (kawan sejak kecil).. tapi dia selalu cakap "engkau ni senang sangat jatuh 'cinta' pada orang".. Chop! misz selalu tekankan yang misz ni senang jatuh 'suka' bukan jatuh 'cinta'... kenapalah payah sangat nak faham...

      yelah ramai orang ingat kalau dah jatuh suka tu bermakna kita cintakan orang tu... sorry to say bagi hidup misz ni 'suka' dan 'cinta' adalah perkara yang amat berbeza dan tak mungkin sama... misz ni banyak crush.. tapi orang selalu kecoh nak couple dengan crush... tapi bagi misz crush hanya tempat misz cuci mata saja... haha... :p ....tak lebih pun dan lagi satu misz tak berminat nak bercinta dengan crush..

      sebenarnyakan korang misz ni dapat rasakan misz punya jodoh ada pada seorang dalam sebuah kumpulan dari negara matahari terbit.. jangan gelak eh.. tapi betul setiap kali misz pandang gambar diaorang.. hati misz kuat mengatakan yang misz ada jodoh dengan salah satu dari mereka.. misz malu nak cakap dekat kawan-kawan misz... yelah diaorang mungkin tak faham dengan deria ke 6 misz ni... diaorang mesti cakap "kau ni berangan je lebih.. kau pernah ke bercakap dengan diaorang? tak pernahkan?? so berhenti berangan"... 

      sini misz nak tekankan.. misz bukan berangan nak dapatkan diaorang tapi dapat rasa perasaan yang kuat yang mengatakan misz memang ada jodoh dengan salah seorang daripada mereka... kauorang rasa macam mana? misz ni hanya berangan je ke? atau sebaliknya?

      tapi tak salah kut kalau angan-angan je... sebab diaorang oleh tahan comelnya... hehe... cair beb...

      oklah sampai sini sahajalah misz coret.. kita jumpa lain hari... ISSSSHHHH! jangan cerita dekat orang lain ya... kalau diaorang nak tahu kenalah melawat blog misz... hanya di ceritaku!